Tuesday 27 August 2013

PETUA UNTUK MEMBINA KEYAKINAN BERNIAGA

1. Jelas dengan tujuan menjadi usahawan..
Matlamat perlu jelas dan terang.Tak kisah samada anda mahu jadi jutawan, mahu jadi taikun hartanah, mahu jadi juara trading, mahu jadi jutawan senyap, atau mahu membina empayar jenama anda sendiri atau apa-apa sahaja. Yang pentingnya ia perlu jelas sejelas kristal..

2. Terima kenyataan bahawa semua yang anda akan lakukan adalah satu proses..
Menjadi orang yang lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang merupakan satu proses. Tak ada orang hari ini mula berniaga, keesokan harinya terus pandai dan berjaya. Bersedialah menghadapi laluan proses yang naik dan turun, tenang dan ribut dan berbagai rencam lagi. Fokus untuk belajar dari apa saja yang bakal dilalui sehingga matlamat tercapai.

3. Bakar jambatan..
Ingat bahawa sekali anda merentasi jambatan ke seberang sana, jambatan tersebut perlulah dibakar untuk diri anda. Tiada lagi 'patah balik', buang perkataan itu terus daripada kamus. Pandang ke depan dan berikan tumpuan pada matlamat.

4. Tetapkan matlamat yang berpadanan..
Matlamat mesti sesuai dan mampu untuk dilaksanakan berdasarkan apa yang anda rasa logik. Memang tidak mustahil untuk sasarkan kejayaan mengalahkan Ananda Krishnan, tetapi kalahkan terlebih dulu taukeh kedai runcit di kampung anda.

5. Jangkakan cemuhan..
Terima kenyataan bukan semua orang akan terima kita dan apa yang akan kita buat. Malah jumlah mereka yang menghina atau menolak jauh lebih besar daripada yang menerima baik usaha kita.

6. Korbankan ego diri anda seadanya..
Banyak orang akan berkata, aku memang begitu atau begini, memang semua orang kata begitu dan mustahil untuk berubah. Manusia sentiasa boleh berubah asalkan ada usaha. Malah perwatakan, sifat dan lain-lain lagi mampu diubah dengan usaha dan keazaman. Sesuaikan diri dengan keadaan dan sanggup berubah perlu untuk menempa kejayaan.

Sunday 18 August 2013

4 TIPS KESIHATAN DARI NABI MUHAMMAD SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sharing is caring.. :)