Monday 18 March 2013

Memandangkan nak pru13 ni meh post satu artikel pendek dari sorang student usm ni..agak positif pandangan dia..*copy paste jek*

Isu-isu politik yang selalu berlegar di negara kita adalah isu-isu yang diangkat berdasarkan kesilapan/kelemahan pihak lawan pada MASA LAMPAU.
(video seks, projek IC, rasuah, tangkap basah, ect).

Dan rakyat Malaysia amatlah berminat untuk berbicara tentang isu-isu "character assasination" ini setiap hari.

Sukar untuk lihat masyarakat "lay man" kita 'sustain' minat untuk bercakap soal MASA DEPAN negara dalam diskusi politik kedai kopi. Kalau ditanya penyokong PR, tak semua faham mekanisme terperinci untuk buat pendidikan percuma.Kalau tanya penyokong BN, tak semua hafal halatuju kerajaan dalam ETP atau MEB.

Tapi jika ditanya penyokong PR tentang rasuah, dan scandal lampau Najib Razak, mereka adalah yang paling "expert"untuk beri analisa. Sama juga dengan penyokong BN, akan dikira setiap bulu yang ada dalam video seks Anwar Ibrahim.

Dalam politik demokrasi Amerika Syarikat, isu "character assasination" bukan isu dominan yang dibualkan oleh rakyat Amerika. Mereka lebih berminat untuk lihat dan nilai agenda dan perancangan
pemimpin yang bakal mengambil alih kepimpinan. Mitt Romney kalah kepada Barrack Obama antara lain adalah kerana rakyat menilai langkah penyelesaian yang dianjurkan oleh Mitt Romney untuk masalah housing bubble di US amat meragukan.

Saya lebih suka jika setiap daripada kita melahirkan justifikasi terhadap soalan "kenapa kau tak sokong BN/PR?" dengan:
"Sebab Najib punya MEB untuk increase income perkapita aku tak nampak clear la bro. Bila aku baca MEB, dia tak cerita sangat pasal how can we get there"
atau
"sebab Anwar punya plan untuk free education by cutting rasuah berbillion tu tak nampak la bro. Coz corruption more or less will always be there what?"
TAPI
majoriti rakyat Malaysia bila respon kepada
soalan "kenapa kau tak sokong BN/PR" , mereka akan jawab dengan:
"Sebab Umno rasuah!!"
atau
"Sebab Anwar GAY!"

Kita kononnya muak dengan politician-politician kita yang kita cakap tak berapa cerdik. Tapi kita sendiri sebenarnya sama je tak cerdik.Sekarang ni ruang untuk orang bodoh sangat sempit.Kita ada pelbagai sumber untuk kita kaji dengan akal sendiri. Jadi kajilah. Janganlah biar ruang legar
politik negara kita ni hanya berkisar tentang isu-isu "character assasination" yang lapuk semata-mata.

Kita ubah atmosfera politik kita sama-sama jom?