Wednesday 30 April 2014

PETI SOJUK ON-DA-GO~

lalalalalala~baucer giant made in perodua udah terkumpul.kumpul punye kumpul,jadi la rm1100.kasi tambah sikit boleh dah beli peti sojuk baru.peti sojuk yg ad ni model lame.xsyok.kecik.paling sadis xmesra tnb.(nasib free hasil ehsan sedare.mekaseh sedagherr)huhuhu..bile mau beli?tunggu pindah rumah baru dulu lahh..

p/s=idak nyabo teman nak nyambor mike duhai samsung fridge 450L..ahhakksss!!




SUPERHERO TIME BEBEH!!

short post-o!
boring2 dok beli superhero apparell.
Tapi kurang berpuashati dgn kualiti baju black ranger.kain nipis+sticker low grade.
Banding dgn t.shirt the flash kualiti superb+sticker high grade.(tapi lambang besar.kalau kecikkan sket musti ohsem).even harga baju harga lebih kurang tp dpt half price utk baju power ranger sebab order ramai2.
Tapi still xpuas hati dgn kualiti baju tu.so,sorry to say.aint gonna order from ya anymore.gomen neh~
next order will be green lantern bebeh.
:D





Tuesday 1 April 2014

TERJEMAHAN 10 AYAT PERTAMA & AKHIR SURAH AL-KHAFI SEBAGAI PENDINDING MENGELAK FITNAH AKHIR ZAMAN

10 AYAT AWAL=

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

10 AYAT TERAKHIR=

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Sunday 16 February 2014

ANTARA KEROSAKAN SAGA BLM YG BIASA BERLAKU SEJAK AKHIR2 NIE , BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN SEBAGAI ANGGARAN HARGA ...

SEKADAR PERKONGSIAN..KALAU DAPAT LAGI MURAH LAGI BAGUS..

1. iafm ( engine bunyi seperti org bertukang tak tak tak ) RM 350-RM400 siap pasang

2. purge valve ( bunyi tiktik tik masa engine panas dan minya kuat ) RM 120 siap pasang

3. tensinor bearing fan belt ( bunyi nyit nyit nyit bunyi tikus masa engine start ) RM 200- rm250

4. timing belt set ( tukar dalam 60k -70k milage , kalau putus standby rm2k siap ) RM 400 siap pasang

5. bearing ( tayar bunyi berdengug bila jalan / body gegar ) RM 125 siap pasang 1 side belakang

6. pump brake belakang ( brake jem ) RM 100 siap pasang

7. brake PAD depan ( bila brake bunyi nyittttt nyittt ) RM 95 bendix brand kiri kanan

8. lampu cek engine menyala lambang engine warna kuning ( cek sensor / suiz brake )

9. lmpu teko aladdin warna merah ( sensor probelm / engine oil presure low )

10. langgar lubang bunyi tak tak tak ( cek absorber link RM65 / lower arm RM125 / mounting RM 45 )

11. alarm x bunyi bila open atau lock ( rest alarm tekan 2 2 button )

12. brake shoes belakang ( tarik hand brake x berhenti ) RM 50- 100 siap pasang tgk brand

13. temp naik tinggi sgt ( cek radiator tersumbat / thermostat / water pump kong / radiator cap )

14. bateri x cas / low ( cek altenator ) RM 250 - rm 400 baru siap pasang

15. kete x boleh start cek bateri NS60 / starter kong

16. kete auto x boleh cranck ( cek gear level kedudukan N atau P )

17. gear 5 kete manual susah nak masuk ( cek bush gear level / minyak gear box )

18. clutch ( presure plate keras / bunyi bila tekan ) RM100- rm600

19. horn x bunyi ( cek relay / fius / horn terbakar ) horn baru RM 50-rm100 siap pasang

20. ader kesan minyak kat head ( cek valve cover seal / oil cap / gasket / oil seal ) RM 50- rm100

21. fuel pump problem ( start x hidup / tengah jalan tiba2 engine mati ) RM 150 - rm250

22. kipas radiator x pusing ( engine jadi panas / aircond panas ) RM 150-rm300 , cuba cek fius dahulu sebelum cek benda2 lain ...

23 . start x der cranck atau apa2 bunyi ( cek bateri power / fius )

SETAKAT NIE JE YG INGAT , LAIN2 AKAN UPDATE LAGI KALAU INGAT  SEMOGA INFO INI DAPAT MEMBANTU..

kreadit=king kpu samuraitwo


Saturday 21 December 2013

SENOI PRAAQ=LAGENDA ORANG PERANG PDRM

Senoi Praaq yang bererti Pejuang merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa darurat dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang
komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.
Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.

Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan.Mereka juga adalah pejuang yang turut serta membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand.Ibuku pernah bercerita kisah-kisah ayahku yang terlibat dengan pengganas komunis ketika zaman mudanya.Kata ibu Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone atau R.O.D.Noone.

Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang asli).Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis.Tuan Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bahawa Jabatan Orang Asli.Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit.Menjelang tahun 1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.

Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis.Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali.Bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi.Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh ,Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu.Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai,keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.

Sebenarnya kisah Senoi Praaq tidak pernah dibukukan di dalam Malaysia.Namun perjuangan mereka boleh dianggap lagenda kerana pengganas komunis amat takut dengan unit ini disebabkan skil mereka memburu dan mengesan musuh di hutan.Tidak hairanlah pada peringkat awal serangan gerila komunis dulu mereka berjaya mempengaruhi anak-anak muda orang asli untuk dijadikan sebahagian dari mereka guna membantu mereka meloloskan diri dari serbuan tentera.

ASTRO meneruskan lagi inisiatif dan komitmennya dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia dengan mempersembahkan sebuah lagi dokumentari hebat menerusi platform Suatu Ketika yang berjudul ‘Suatu Ketika...Laskar Senoi’ pada bulan November ini.

"Temuramah dan pengalaman yang diceritakan oleh mereka yang pernah terlibat dalam setiap kejadian ternyata berjaya memberi impak yang lebih mendalam kepada para penonton bagi menyelami sendiri kejadian yang pernah berlaku.

"Kekuatan dokumentari ini ialah apabila kami berjaya mendapatkan temuramah dengan Mohd Nor Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bah Ayob, Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron Highland yang telah bertanggungjawab dalam menubuhkan pasukan pahlawan Senoi Praaq.

"Bah Ayob merupakan ikon penting bagi penubuhan pasukan pahlawan Senoi Praaq pada ketika itu.

"Pengalaman yang diceritakan semasa temubual telah menghidupkan lagi dokumentari yang boleh dijadikan bahan rujukan sejarah untuk semua dalam bentuk visual.”

Dokumentari ini mengisahkan tentang Unit Senoi Praaq dalam Pasukan Gerakan Am yang mungkin terdengar asing bagi segelintir dari kita tetapi suatu ketika dahulu, unit ini pernah memberi sumbangan besar terhadap negara terutama dalam era darurat ketika kerajaan British dan negara berdepan dengan ancaman komunis.

Mereka memiliki kebolehan istimewa yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kemampuan mereka mengenali alam belantara adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Sehebat mana pun musuh yang menghalang, mereka mampu menewaskan musuh dengan hanya berbekalkan pisau, sumpit dan lembing.

Mohd Noor Abdullah atau nama asalnya Bah Ayob, seorang Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron Highland merupakan seorang anggota komunis paksaan sejak berusia 8 tahun lagi. Beliau berjaya melarikan diri dan dengan niat untuk membantu kerajaan, beliau telah mencadangkan penubuhan Senoi Praaq pada tahun 1955 yang akan dianggotai oleh masyarakat Orang Asli.

Pada awal penubuhan, sejumlah 10 orang asli termasuk Bah Ayob menganggotai pasukan ini dengan hanya berbekalkan dengan senjata api dan 10 butir peluru, mereka telah diarahkan untuk masuk ke dalam hutan dengan tujuan memburu komunis.

Mereka kembali dengan berita gembira apabila berjaya membunuh lebih dari 10 orang komunis dan unit ini dikembangkan dari semasa ke semasa sehinggalah diiktiraf sebagai pasukan elit untuk pasukan British.

Walaupun era darurat berakhir pada tahun 1960, namun kepakaran unit Senoi Praaq masih lagi diperlukan sehingga ini. Kini, Senoi Praaq diletakkan di bawah Jabatan Pasukan Gerakan Am, sebuah sayap dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia juga menyokong penerbitan dokumentari ini kerana melihat pengiktifaran yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli amnya,” tambah Nizam lagi.

Bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah yang pernah berlaku ini, kisah perjuangan pahlawan Semai ini juga diceritakan dalam bentuk yang lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod yang berjudul ‘Suatu Ketika...Lembing & Layang’.

Wednesday 18 December 2013

MADAH RAKYAT...

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami.

Sunday 10 November 2013

AMALAN BAGI MENAJAMKAN PENGLIHATAN MATA..


Di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, saya tengok kawan2 sy ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita